Oct 29, 2014

Dania dah 5 Tahun

27 September, genap umur Dania 5 tahun.

Sebulan sebelum tarikh tu actually mama dah plan macam-macam nak sambut besday Dania. Tapi macam biasalah kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya kan.

Plan awalnya mama decide nak sambut dekat rumah jer just buat simple besday party, panggil jiran-jiran terdekat bersama anak-anak seusia Dania serta saudara-mara terdekat sahaja. Memang akan penat sikitlah dengan keadaan mama yang tengah memboyot ni kan..tapi time ni pun masih lagi dalam perancangan 50-50 gitu sebabnya my husband pun blom bagi kata putus samada ok atau x if buat dirumah.

Suatu hari tu Dania ada request nak buat besday party dia di sekolah bersama kawan-kawan. Bila difikir-fikirkan 27hb tu adalah hari Sabtu so macam x seronok la pula if buat di sekolah sebabnya tarikh tu perlu diawalkan sehari atau dilewatkan dua hari, thatmeans 26hb or 29hb. Mula-mula fikir macam ok juga if buat di sekolah sebab Dania maybe lebih enjoy tuk celebrate besday party dia with their friends. Time ni pun masih juga 50-50 sebab xde kata putus daripada my husband, setuju x setuju? Urmmm, lelaki kan memang x sama cara pemikiran dorang dengan kita ni yang nak kan perancangan awal if nak lakukan sesuatu.

So, kesudahannya sampaila sehari sebelum tarikh besday Dania tu baru my husband putuskan rancangannya nak buat makan-makan kat rumah seperti rancangan asal mama yang first tu...aduhai la cik abang sayang..kenapa la baru bagitahu perancangannya sebegitu sebabnya time tu kek pun mama x tempah sebab dalam fikiran mama just nak hang-out bawa Dania celebrate kat luar jerk..just have fun jer untuk dia satu hari tu. 

Akhirnya lepas bincang-bincang semula, mama & ayah decide ok just celebrate kat luar jerk untuk satu hari tu..biar Dania putuskan dia nak ke mana nak buat apa, memang haritu hari dia sahaja..hehehe.

27 September, menjelma. Pagi-pagi macam biasa mama akan bangun dulu untuk bereskan kerja-kerja rumah dan selepas tu baru kejut anak-anak dan husband untuk bersiap nak keluar. Sebelum tu tanya Dania kita nak pergi mana ni? spontan jer dia jawab "kakak tak kisah pergi jerlah mana-mana" (sambil tersenyum). Urmmm, terasa macam x percaya jawapan tu yang keluar daripada mulut Dania selalunya dia yang akan bagitau destinasi mana yang dia nak pergi (samada IKEA/Sunway or Midvalley) mama ngan ayah pun dah dapat teka dah selalunya 3 tu jer destinasi yang akan disebut-sebut. Lastnya my husband yang decide kitaorang pergi OU :)

Setengah hari dekat OU, jenjalan sambil window-window shopping jerk..bila tanya Dania nak apa? nak main apa? nak makan apa? jawapan dia semuanya tak kisah...haishhh..macam pelik lah pula besday girl tetiba jadi baik for that day. Selamatla duit mama ngan ayah hahaha. Dah lagu tu jadinya, so kitaorang pun decide semula untuk balik dan celebrate bersama di rumah wan Dania (my MIL) serta jemput adik-beradik untuk berkumpul makan malam bersama. Otw balik tu my husband singgah ofis dahulu untuk settlekan sedikit kerja sebelum gerak balik ke Kajang. Dalam perjalanan sempat singgah beli kek (pilihan Dania sendiri) dan KFC for our dinner & my FIL juga sempat buat mee udang time tu...so yummy... ^_^




Hepy besday Dania, moga jadi anak yang solehah dunia & akhirat.
Mama, Ayah & Ikha sayang kakak Dania so much!