Oct 29, 2014

Dania dah 5 Tahun

27 September, genap umur Dania 5 tahun.

Sebulan sebelum tarikh tu actually mama dah plan macam-macam nak sambut besday Dania. Tapi macam biasalah kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya kan.

Plan awalnya mama decide nak sambut dekat rumah jer just buat simple besday party, panggil jiran-jiran terdekat bersama anak-anak seusia Dania serta saudara-mara terdekat sahaja. Memang akan penat sikitlah dengan keadaan mama yang tengah memboyot ni kan..tapi time ni pun masih lagi dalam perancangan 50-50 gitu sebabnya my husband pun blom bagi kata putus samada ok atau x if buat dirumah.

Suatu hari tu Dania ada request nak buat besday party dia di sekolah bersama kawan-kawan. Bila difikir-fikirkan 27hb tu adalah hari Sabtu so macam x seronok la pula if buat di sekolah sebabnya tarikh tu perlu diawalkan sehari atau dilewatkan dua hari, thatmeans 26hb or 29hb. Mula-mula fikir macam ok juga if buat di sekolah sebab Dania maybe lebih enjoy tuk celebrate besday party dia with their friends. Time ni pun masih juga 50-50 sebab xde kata putus daripada my husband, setuju x setuju? Urmmm, lelaki kan memang x sama cara pemikiran dorang dengan kita ni yang nak kan perancangan awal if nak lakukan sesuatu.

So, kesudahannya sampaila sehari sebelum tarikh besday Dania tu baru my husband putuskan rancangannya nak buat makan-makan kat rumah seperti rancangan asal mama yang first tu...aduhai la cik abang sayang..kenapa la baru bagitahu perancangannya sebegitu sebabnya time tu kek pun mama x tempah sebab dalam fikiran mama just nak hang-out bawa Dania celebrate kat luar jerk..just have fun jer untuk dia satu hari tu. 

Akhirnya lepas bincang-bincang semula, mama & ayah decide ok just celebrate kat luar jerk untuk satu hari tu..biar Dania putuskan dia nak ke mana nak buat apa, memang haritu hari dia sahaja..hehehe.

27 September, menjelma. Pagi-pagi macam biasa mama akan bangun dulu untuk bereskan kerja-kerja rumah dan selepas tu baru kejut anak-anak dan husband untuk bersiap nak keluar. Sebelum tu tanya Dania kita nak pergi mana ni? spontan jer dia jawab "kakak tak kisah pergi jerlah mana-mana" (sambil tersenyum). Urmmm, terasa macam x percaya jawapan tu yang keluar daripada mulut Dania selalunya dia yang akan bagitau destinasi mana yang dia nak pergi (samada IKEA/Sunway or Midvalley) mama ngan ayah pun dah dapat teka dah selalunya 3 tu jer destinasi yang akan disebut-sebut. Lastnya my husband yang decide kitaorang pergi OU :)

Setengah hari dekat OU, jenjalan sambil window-window shopping jerk..bila tanya Dania nak apa? nak main apa? nak makan apa? jawapan dia semuanya tak kisah...haishhh..macam pelik lah pula besday girl tetiba jadi baik for that day. Selamatla duit mama ngan ayah hahaha. Dah lagu tu jadinya, so kitaorang pun decide semula untuk balik dan celebrate bersama di rumah wan Dania (my MIL) serta jemput adik-beradik untuk berkumpul makan malam bersama. Otw balik tu my husband singgah ofis dahulu untuk settlekan sedikit kerja sebelum gerak balik ke Kajang. Dalam perjalanan sempat singgah beli kek (pilihan Dania sendiri) dan KFC for our dinner & my FIL juga sempat buat mee udang time tu...so yummy... ^_^




Hepy besday Dania, moga jadi anak yang solehah dunia & akhirat.
Mama, Ayah & Ikha sayang kakak Dania so much!


Aug 6, 2014

Set Sendi Shaklee

SAKIT SENDI berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan. Apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain difikiran iaitu mencari cara untuk melegakan.


Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi kesihatan sendi optimum.

KEBAIKAN:
  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.


Sedikit Info Mengenai KESIHATAN SENDI 

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

SAKIT SENDI dan Ketidakselesaan 

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.


Apa Kata Mereka yang telah mencuba SET JOINT HEALTH untuk Kesihatan SENDI? 




012-349 8979
Nieza Saad
Pengedar Sah Shaklee
COD Shaklee di Bandar Teknologi Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Jul 25, 2014

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya kepada semua blogger. Maaf Zahir & Batin.

Kepada yang dah pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya. Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kosong-kosong ya!

Jumpa lagi lepas raya nanti..bye.

Jul 7, 2014

Ramadhan Kareem 2014

Assalamualaikum


Dah lama rupanya ahkak meninggalkan arena blog ni..lebih kurang 4 bulan gitu...busy sgt sebab dapat bos baru la katakan...hahaha..(tetiba plak kuar pasal bos baru..apsal? ada kena mengena kah..kahkahkah)

Minggu lepas dapat azam baru + bersemangat gitu nak aktifkan kembali arena blog ni...dengan pantas terus ahkak mendalami kembali selok-belok camne nak tukar template baru..biar nampak berwajah baru..hah baru segar nak kembali update ceritera disini kan.. 

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik harini dah pun masuk hari ke-9 Umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pantasnya masa berlalu kan. Tinggal 21 hari lagi untuk kita kumpul amal ibadah di bulan yang mulia ini disamping membuat persiapan menyambut Hari Lebaran sebagai tanda kemenangan kita. 

Sepanjang ramadhan kali ini..macam tahun-tahun kebiasaannya mmg ahkak akan selalu berbuka di rumah MIL especially bila my hubby kerja malam. Baru 3 hari dapat berbuka dirumah sendiri dan syukur juga tahun ni ahkak sangat rajin memasak juadah sendiri untuk berbuka walaupun berbadan dua.

Iftar Pertama (29 Jun 2014)

Kebiasaannya setiap tahun ahkak sekeluarga akan menyambut puasa pertama dirumah nenek sebelah my FIL di Rembau. Sambutan puasa di nogori 9 ni biasanya memang meriah macam nak sambut raya je rasanya...sebab dorang ni ada majlis mantai kata my hubby. Orang nogori ni kan terkenal dengan adat pepatih. Selalunya kalau puasa pertama tu wajib mesti ada rendang nogori 9 dan masak lemak cili api. Fuh, memang meleleh air liur la...terbaikkkk! Ni menu sehari sebelum berpuasa:

1. Sup Tulang
2. Rendang Daging (Kerbau)
3. Nasi Impit + Lemang + Kuah Kacang
4. Daging Masak Lemak Cili Api

Ahkak ni mmg pantang kalau nampak nasi impit, mmg feveret ahkak nak2 kalau time raya mmg itu jer yg ahkak cari. Paling suka kalau balik umah mak di tepeng time raya, mmg nak makan nasi impit + gulai ayam yang mak masak (air tangan ibu tu kan mmg makanan yg pertama akan jadi makanan kegemaran). Tak sabar ahkak nak balik tepeng...rindu ngan masakan mak. 

Menu untuk iftar pertama di Rembau memang sangat terbaik, macam-macam ada. Tapi ahkak terlupa plak nak snap gambar tuk tempek kt sini....antara menunya:

1. Ayam Masak Kicap
2. Ikan Talapia Masak Pedas & SweetSour
3. Tempoyak Daun Kayu

(gambar ihsan pak google)

Tempoyak daun kayu ni memang masakan orang nogori 9. Asal mulanya aku sendiri pun tak reti nak makan sbb aku ni x gemar sgt dgn masakan masak lomak ni. Tengok jer pun mcm pelik..hihihi.
Yang specialnya masakan ni, ramuannya daripada tempoyak; daun2 & ulaman kampung.
Selalunya kalau my MIL masak dia akan letak daun kunyit, pucuk ubi, serai (dihiris halus), petai, ikan bilis dan tempoyak. Resepi penuh ahkak belum khatam lagi..hehehe.

First cuba & merasa...urmmm boleh tahan la sedap juga, makan dengan nasi panas.

4. Sardin Roll
(*request dari my hubby, so terpaksa la ahkak buatkan)

(ni pun gambar ihsan pak google, mmg lebih kurang sama mcm ahkak buat)

Resepi sardin roll ni mmg mudah dan simple jer kalau nak buatnya. Alhamdulillah, ahkak buat dapat la 2 pinggan sardin roll ni dan selepas jer berbuka terus licin pinggan2 tu..suka hati ahkak tau!

5. Air Sirap Kelapa
(gigih my hubby g kait buah kelapa di blkg umah wan nya)
Resepi baru sentuhan my hubby...hahaha...layankan aje ;)

----------@@@----------

Iftar Kedua sampai Iftar Keempat, ahkak buka di rumah MIL.
part ahkak just beli kuih jer (tahun ni suka kuih manis2 plak..hehehe) 

----------@@@----------

Iftar Kelima baru first buka dirumah sendiri. 
Time ni akak teringin nak makan asam pedas buatan sendiri, so ahkak pun carila bahan2 utk buat asam pedas + ikan pari

Menu iftar kelima adalah:
1. Asam Pedas Ikan Pari
2. Ayam Goreng Kunyit (my hubby masak)
3. Telur Dadar (my hubby masak)
4. Air Teh Bunga

my hubby mmg rajin tolong ahkak masak di dapur :)

----------@@@----------

Iftar Keenam berbuka dirumah MIL sekali lagi sbb my hubby kerja malam.

----------@@@----------

Iftar Ketujuh pun berbuka dirumah MIL sebab nak sambut Ulangtahun Kelahiran Pertama Nadeem Hfiy.
Disebabkan my MIL buat nasi ayam,
so my hubby plan nak buat pai tee & sayur pakchoy (ala2 dkt Chicken Rice shop tu..hihihi.) 
tapi xsempat dah nak snap gambarnya...rasanya cam menjadi juga pai tee kitaorang tu.

inilah rupa kulit pai tee yg dh siap & bentuk acuannya.
 Acuan tu boleh cari di kedai2 yg menjual kuih-muih. Kitaorang jumpa acuan ni di Billion, Bandar Teknologi Kajang

Iftar Ketujuh ni mmg makan sampai semput lah..
nak2 ahkak yang berbadan 2 ni sampai sengkak perut dek penuh dengan air jer sbnarnya,
itu belum tgk lagi apa menunya..hihihihi...

Menu Iftar Ketujuh:
1. Nasi Ayam (sentuhan my MIL)
2. Pai Tee & Sayur Pakchoy (sentuhan potluck ahkak & my hubby)
3. Lasagna Beef (sentuhan potluck adik ipar)
4. Air Laici + Longan

inilah budak besday boy tu (ambik gambar dari fb maknyer..hihihi)

----------@@@----------

Iftar Kelapan dirumah ahkak kembali.
Menunya adalah:

1. Nasi Lemak
2. Sambal Udang 
3. Karipap Roti Sardin
4. Air Apple Asam Boi 

 Karipap Roti Sardin ni dihasilkan daripada roti gardenia dan ditekap menggunakan acuan karipap, intinya pula daripada sardin (mcm inti sardin roll)
Ini adalah resepi ciptaan ahkak sendiri...hahaha...
Asalnya ahkak buat ada 12 ketul..tapi dah kena ngapp dgn 2orng bdk yg tak pose my lil princess,
so tinggal la 6 jerk. 
Karipap roti sardin ni boleh dimakan begitu sahaja & boleh juga digoreng.
Gambar tu sedang menunggu utk digoreng :)


Apa menu untuk Iftar Kesembilan pula yer?
Hah; kalau korang semua nak tahu kena la tunggu entry yang berikutnya pula..hehehe.

OK, selamat berpuasa semua.





Feb 19, 2014

KELEBIHAN & KEBAIKAN OMEGAGUARD SHAKLEE PADA IBU MENYUSU


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia.

Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Apa khasiat dan kebaikan Omega Guard pada ibu menyusu? 

  • Omega 3 ini bagus untuk perkembangan otak bayi.
Ada kajian menunjukkan ibu yang makan 1000mg omega 3 masa mengandung dan menyusukan anak, perkembangan minda anak lebih pantas dari ibu yang makan pada 100mg omega 3 sehari.

Omega Guard ini juga ada EPA yang bagus untuk jantung dan sendi. Kurangkan risiko sakit jantung sebab omega 3 halang pembentukkan lemak tidak baik.



Secara keseluruhannya, Omega Guard Shaklee memberi kebaikan pada ibu menyusu dengan:

1. Bekalkan omega 3 pada ibu & anak.

2. Minda anak akan lebih cepat berkembang.

3. Halang pembentukan lemak semasa ibu makan.

4. Kurangkan selera makan buat si ibu.
(Disinilah fungsi omegaguard untuk ibu menyusu nak jadi KURUS)

5. Kurangkan berat badan dengan sihat, elok makan bersama Alfalfa Shaklee.
Milk booster yang bagus!

*Pada mereka yang telah mengambilnya sahaja tahu akan kesannya. 





Set Vitamin Ibu Berkerjaya

RAMAI yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan mengambilnya.


Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran dan pengambilan pemakanan segera dan tidak teratur di kalangan masyarakat kita hari ini.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.