Jan 10, 2013

Kepentingan Bersukan

salam,

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:-

  • Saluran darah yang lancar;
  • Mental dan fizikal yang cergas;
  • Otak yang cerdas.  Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa;
  • Selain menjga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.
Antara sukan kegemaran yang aku suka & sentiasa ikut perkembangan dari masa ke semasa adalah:-

1. Boling
 
   Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). Majoriti berat bola kebanyakannya pemain akan mengikut saiz atau berat peserta. Bola yang lebih berat akan menghempak pin dengan lebih kuat menyebabkan jatuhan pin juga akan lebih banyak.

(Alhamdulillah, aku dah ada kelengkapan sendiri untuk sukan boling iaitu bola & kasut.  Sukan boling ni aku letakkan harapan yang tinggi untuk aku merealisasikan impian aku suatu hari nanti..In Shaa Allah, kalau diberikan rezeki & kesihatan yang baik..mudah-mudahan aku berjaya hendaknya..amin)

2. Badminton 

   Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

(Dulu masa aku sekolah rendah aku join Kelab Badminton dengan harapan aku dapat mengasah bakat aku untuk menjadi player badminton mewakili sekolah..hihihi...angan-angan tinggi menggunung. Tapi kemasukan aku ke kelab tersebut agak lambat so x dapat la aku nak asah bakat yang ada sehingga tamat persekolahan di sekolah rendah.  Bila naik sekolah menengah plak, abah aku kongkong abis x kasi aku join apa-apa aktiviti ko-kurikulum..sebab dia takut anaknya akan penat & mengabaikan pelajaran katanya..huhu...bila masuk plak alam U, langsung aku x aktif dalam sukan..huhu. Tapi semua tu x mematahkan semangat dan minat aku terhadap sukan badminton.  Aku tetap ikut perkembangan setiap pelawanan badminton di dalam tv, itu je yg termampu dibuat..hehehe. Tapi berminat juga kalau diberi peluang dan tunjuk ajar yang betul untuk bermain sukan badminton nih)

3. Gimrama

   Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus. Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus, dan kesan seni.

(Untuk sukan gimnastik ni aku memang suka tgk di tv masa kecik-kecik.  Sukan ni memang aku x dpt nak join if diberi peluang sekalipun..hihihi..perasan jerk..sampai ler ke sekarang pun aku tetap berminat nak tgk sukan ini if ada kejohanan seperti sukan olimpik.  Sampaikan aku pernah terfikir nak hantar anak2 aku utk latih dorang join sukan gimnastik ni. Tapi memang patut dapat bantahan la daripada suami kan..hihihi.."seksi katanya". So, terpaksa layan dalam tv ajelah)

4. Senamrobik

(Ini sukan yang paling senang kita join utk keluarkan peluh. Walaupun sebulan sekali jerk join  aktiviti senamrobik ni kan...hahaha..yang penting semangat sukan tu tak kira lah apa jenis sukan sekali pun janji ianya boleh mengeluarkan peluh & menyihatkan badan)


So, apa tunggu lagi..Jom lah bersukan :)


Love,
Nia Zahra
 



 

Jan 9, 2013

Bahagia & Membahagiakan

salam,

Menjalani kehidupan bukan semudah yang dibayangkan di minda kita.  Hakikatnya, kehidupan ini bukanlah suatu bayangan.

Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri untuk mengharunginya.  Dalam perjalanan kehidupan, kita akan menghadapi rintangan kecil mahupun besar.  Rintangan adalah ujian untuk menguatkan diri disamping membuka hikmah disebaliknya.

Apa yang penting adalah cara kita memberi tindakbalas terhadap apa yang terjadi disamping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ramai manusia merasakan payah untuk mereka bahagia. Kalau kita renung betul-betul, cuba kita audit diri kita, sebenarnya mereka tidak bahagia adalah kerana banyak halangan atau rintangan yang mereka buat sendiri dengan cara mereka berfikir.  Apakah yang difikirkan, ada empat (4) perkara:-

(1) selalu fikir apa yang kita tidak ada;
(2) mengeluh atas apa yang kita ada sekarang;
(3) mengeluh atas apa yang telah berlaku; dan
(4) selalu fikir apa yang Allah hendak untuk kita tanpa kita fikirkan apa yang kita mahu untuk diri kita. 

Empat (4) halangan inilah yang menyebabkan kita sentiasa tidak berasa bahagia & membahagiakan.

Bagaimana untuk kita menjadi ke tahap bahagia & membahagiakan?

(1) mengubah diri daripada seorang yang berfikiran negatif kepada berfikiran positif;
(2) melihat kepada sesuatu keburukan kepada kebaikan;
(3) melihat halangan kepada melihat peluang;
(4) seseorang yang suka menerima kepada seseorang yang suka memberi; dan
(5) seseorang yang suka bercakap tidak baik perihal seseorang kepada orang yang suka menghargai orang lain.

Bagaimana empat (4) langkah harus kita lakukan untuk bahagia & membahagiakan:-

(1) menjaga fikiran kita
(2) banyakkan zikrullah & bertafakur; (dengan memikirkan nikmat Allah & mengenang dimana kita berada selepas ini)
(3) menjaga semua tenaga kita dengan menjaga apakah makanan kita? apakah muzik yang kita dengar? apakah berita yang kita dengar? dan siapakah rakan kita?; dan
(4)  sentiasa dalam keadaan yang bersyukur.

Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri agar kita dapat mencapai tahap bahagia & membahagiakan di dalam kehidupan.

Semoga Tahun 2013 memberikan kita lebih kebahagian & kegembiraan. 


Love, 

Nia Zahra