Jun 28, 2012

Lunch @ TonyRoma's

salam,

Hujung minggu lepas pada 24 Jun 2012, aku dan husband decide nak lunch je kat luar memandangkan aku baru je balik berkursus dari Melaka dan kebetulan juga my husband nak pergi kedai tayar untuk memperbetulkan keadaan tayar kereta aku yang bilamana berada pada kelajuan >90km terasa stereng bergegar.

So, selepas masalah tayar kereta diselesaikan, destinasi yang akan dituju adalah ke MidValley Megamall untuk jalan-jalan dan makan-makan.  Sesampai je di MidValley, kitaorang pun jalan-jalan sambil memikir nak makan apa? dan mencari  kedai-kedai makan untuk mengisi perut yang kelaparan.  Jalan punya jalan, akhirnya terkeluar ayat dimulut aku yang keinginan nak makan steak. So, tanpa berfikir panjang my husband said jom TonyRoma's.  Dalam kotak fikiran aku, betul ke my husband nak lunch @ TonyRoma's??? sambil-sambil dok memikir, akhirnya kaki dah pun melangkah masuk ke TonyRoma's.  Aiseh, bagaikan tidur disorongkan bantal....terima kasih..tocheh2...tq..to my beloved husband :)

Hehehe, memandangkan aku tiada kamera untuk merakamkan kenangan manis di sana (aiseh, ayat cam poyo nak dengar!!) so, aku nak ucapkan many thanks to google sebab gambar-gambar yang dipamerkan di sini adalah hasil carian di google.. :)  next time bawa kamera sendiri erk!

Sekian, terima kasih. 




For my husband : Beef short Rib

For me : Filet medallions

Mini desserts



Kursus Semakan Semula 5S Ke Tahap 2

salam,

Minggu lepas pada 22 - 23 Jun 2012, aku telah menghadiri Kursus Semakan Semula 5S Ke Tahap 2. Kursus ini berlangsung 2 hari di Fakulti Kejuruteraan & di Hotel Mahkota, Melaka.  Kebetulan, dah berkursus di luar so aku pun bawa husband + anak bersama.  So, dapatla anak-anak bermain dan bermandi-manda di swimming pool hotel.  
Firstime aku jejak kaki di Hotel Mahkota, Melaka ini.  Kalau diikutkan hati memang terasa malas nak pergi tapi memandangkan tak ramai peserta yang ikut serta so dengan rela hati aku pun bersetuju untuk menyertai kursus tersebut.  Antara satu sebab aku merelakan hati untuk menyertai kursus ini adalah satunya aku x pernah menginap lagi di Hotel Mahkota, Melaka. keduanya hotel ini berada di tengah-tengah bandar..wah bestkan tambahan lagi berhadapan dengan Melaka Parade...yeeehaaa...aku suka aku suka. dan yang ketiganya sambil-sambil aku berkursus boleh juga anak-anak aku bermandi-manda. Itulah antara sebab musabab aku merelakan diri untuk sertai kursus ini..hehehe ;)
Jom kita layan pic. yang sempat diambil waktu berada di Hotel Mahkota, Melaka.






  

Jun 13, 2012

7393 unread / 7401 messages

salam,

Harap maklum kengkawan semua, tajuk di atas itu adalah angka sebenar untuk Inbox email aku.  Tension giler aku setiap kali melihat angka yang tak pernah berkurang malah makin bertambah-tambah... 

Disebabkan oleh angka tersebut yang tak pernah kurang, maka dengan itu, aku hanya melihat akan email yang dirasakan penting sahaja dimata aku...huhuhu.  Dan disebabkan itu jugalah, aku sentiasa terlepas pandang akan email-email yang dihantar sepatutnya adalah perlu di ambil tindakan.  Al-maklumlah dengan angka yang begitu banyak memang menjadi kebiasaannya bagi sesetengah orang seperti aku akan hanya memandang dan mencari item yang dirasakan penting dan yang lainnya abaikan sahaja, betul x?

Lagi satu masalah aku adalah bila mana ianya telah mencecah ke angka yang beribu-riban macam gitu, bab  nak mendelete kesemua item2 yang x penting tuh pun terasa sangatlah malas.  That y la kan...huhuhu.  
Urmmm, tapi bila dah terjadinya perkara seperti ada item yang terlepas untuk diambil tindakan tuh, terasa la plak kesalahan itu adalah berpunca daripada diri sendiri.  Mula la rasa tak senang hati, tambahan plak kalau tindakan tuh dah pun terlepas tarikh yang sepatutnya perlu dihantar....huhuhu =(

So, moral of the story nya adalah nak ke tak nak ke aku mesti berusaha untuk mendelete kesemua item2 yang dirasakan tidak sepatutnya berada di dalam mail Inbox aku....sekian, terima kasih!

Jun 11, 2012

Pemandu yang sangat kurang ajar!!!

salam,

Degupan jantung ku terasa terhenti sekejap dek perbuatan pemandu yang sangat kurang ajar nih!!!  Memang aku x akan lupa saat itu...kalau lah aku jumpa kereta tuh dimana-mana, terasa ingin aku calarkan satu kereta dia...sebab pemandu nya memang patut kena ajar.........eeeeeeeeeeeeee....geram nyer haku........................

Al-kisahnya adalah pada hari sabtu lepas (9 Jun 2012).  waktu tu aku dan husband bersama anak-anak dalam perjalanan nak pulang ke rumah selepas menghadiri majis perkahwinan kawan husband aku.  Sesampainyer di persimpangan traffic light, memang aku dah perasaan sebuah kereta jenis (x perlu la disebutkan) warna putih disebelah kanan kereta aku.  Then, bila lampu traffic light bertukar hijau, semua kereta bergerak perlahan sebab daripada dua lorong akan menjadi jalan selorong dihadapan..tapi tiba-tiba kereta yang aku maksudkan tadi berada terlalu hampir dengan kereta aku... Memang sangat terkejut sebabnya aku berada di tempat duduk belakang bersama anak-anak..terasa memang sangat dekat dgn kereta tuh...dari sudut mata kasar memang sangat tidak sabar pemandu tu.  
Tat kala aku bersuara, husband aku pun mula naik berangsang dengan pemandu tersebut yang seakan-akan sengaja melakukan perbuatan tsb. Urmmm...apa lagi, husband aku ni pun memang pantang dengan situasi mcm ni...dia pun mula memecut kereta mengejar rapat dengan kereta tuh, hati aku mula dah rasa x keruan, x senang duduk dengan aksi mcm tuh. Aku pun mula mengintai meter kereta...100km, jalan biasa yang hanya selorong...aduhaiii, mulut aku memang x henti2 mengomel dengan harapan husband aku mengalah.  tapi, mcm biasalah pengomelan aku tidak dipedulikan. Terasa sangat yang kereta ***** ****** tu sengaja nak kenakan husband aku....serasa aku la jarak antara kereta aku dengan kereta tu hanyalah sekaki dua jerk...silap hari bulan aku rasa kalau dia break mengejut memang tercium la kereta aku dengan kereta dia..dan seperti yang telah aku jangkakan, akhirnya kereta itu telah menekan break dengan sengaja..aku ulang sekali lagi dengan sengaja ye....memang sangat kurang ajar la pemandu kereta tuh!!!!  
Tiba-tiba darah aku naik laju ke atas kepala dan jantung aku berdegup kencang....terasa mcm nak terhenti.  Dalam fikiran aku, habis la kali ini...memang mengucap panjang la aku.  Serta-merta keadaan menjadi riuh-rendah dengan tangisan si anak dan mulut aku yang tak henti2 menyumpah seranah.  dan tatkala tuh juga aku teringat akan peristiwa yang pernah aku baca diruangan fb,  astagfirullah hal azim.
Nasib baik aku sempat capai sebelah tangan dania dengan tangan kanan aku dan tangan kiri aku rangkul badan zulaika sebab kebetulan dia memang berada di pangkuan aku.  Kesian dania, kalau tidak rasanya dia memang dah tersungkur jatuh ke bawah...Husband aku???? rsanya dia pun cuak juga time tuh tapi masih berlagak cool dan terus menekan minyak ingin mengejar kembali kereta tuh....tapi kereta ***** ****** tuh terus memecut laju dan dengan selambernya dia terus memotong sebuah lagi kereta dihadapan sebelum berhenti di traffic light.  Bayangkan..keadaan itu. Lagi sekali, aksi pemandu tuh memang sangat kurang ajar!!!!!
Nasib baik ada sebuah lagi kereta dihadapan yang telah menghalang husband aku untuk mengejar pemandu kereta yang kurang ajar itu, kalau tidak ko memang x selamat juga!!!!!  Husband aku siap amik & simpan no pendaftaran kereta tuh dalam henfon dia dan aku dengar dia membebel2 "Ko tunggu la nnti, kalau aku jumpa lagi kereta ko..siaplah ko x akan terlepas".  Aku pun sempat mengerlingkan mata melihat no pendaftaran kereta yang sangat kurang ajar tuh WQS 5841!!!! Ko, memang pemandu yang sangat kurang ajar!!!!!!

Sampai balik aku dok membebel2 dan teringat-ingat akan peristiwa tu..  Tapi syukur alhamdulillah, aku dan anak-anak semuanya selamat.



Jun 6, 2012

Agaknya bila boleh dapat?

salam,

haiiihh...dah lama dok pendam hasrat hati ni...biasalah pompuan bila bab nak habiskan duit tuh serahkan aje mesti laju jer keinginan-keinginan tu datang.  Entry sebelum ini pun ada gak disebut-sebut tapi masih tidak kesampaian lagi hajat dihati tu.  Sebelum ni dok mcm berkenan dengan canon C3 sebab ianya x besar sgt mcm dslr so boleh masuk jer dlm handbag.  Tapi dalam fikiran aku mcm teringin nak guna jenama nikon. so, aku pun buat la pemantauan di internet..dan akhirnya aku jumpa nikon J1.  Nampak mcm menarik juga tapi tak tahu la, sebab aku ni bukannyer pandai nak menilai dari setiap segi kamera tuh, janji yang penting kecik molek cam aku dan senang nak bawa masuk dalam handbag..ok lah kot  =) hehehe.



Agaknya bila aku boleh dapat erk??



Jun 5, 2012

Kenduri Achek Man

salam,

Minggu lepas balik kampung rembau lagi untuk  meraikan dan menghantar pakcik saudara sebelah husband kahwin..hehehe jangan terkejut plak yer memang betul pakcik saudara sebelah husband yang baru nak melangsungkan perkahwinan nya walaupun umur dah mencecah ke angka 42 =)...steady jer Achek Man tuh.  Nak citer sikit pasal wife nyer plak...Wife yer nama Asmidar (nama cam dalam watak Ali setan tu kan hihihi..). Machek As ni orang Palong. Jauh juga nak g ke rumah pengantin perempuan nih..sampai sakit punggung duduk dalam kereta.  Agak2nya berapa umur Machek As ni? Urmm, untuk pengetahuan semua, machek As ni baru berusia 25tahun (kiralah sendiri erk berapa perbezaan umur mereka..) tapi, inilah yang dinamakan jodoh.  So, seawal usia tuh, Machek As dah pun digelar "wan" kepada golongan anak2 saudara yang dah pun berkahwin dan yang dah pun mempunyai anak..(contoh paling dekat, anak-anak aku lah..dorang akan panggil Machek As tuh Wan As) kalau diikutkan memang agak kelakar sebab perbezaan umur yang sangat ketara..tapi benda ini memang x mustahil terjadi sebab ianya adalah lumrah kehidupan dan takdir yang telah ditentukan. Itu baru bab anak-anak aku, bab anak-anak buah dan pakcik makcik yang lebih berusia daripada Machek As tu..camno plak nak panggil nyer tuh...huhuhu.

Dalam keluarga sebelah ayah mertua aku, Achek Man ini adalah adik kepada ayah mertua aku...adik yang ketiga last so ada lagi dua beradik yang belum lagi melangsungkan perkahwinan....Induk dan Uda.  Maybe lepas ni giliran salah seorang daripada mereka kot...hopefully lah ;)

Walaupun umur dah mencecah ke angka 42, rasanya Achek Man ni x nampak pun mcm orang yang berumur 40an..ternampak cam awal 30an jer kan (bagi pandangan aku jer la kot..hehehe).  Pape pun diucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Achek Man dan Machek As.  Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.  Jom kita layan gambar dibawah yang sempat di rempat dalam fb husband aku..hihihi.

 Pengantin berarak menuju ke dewan bersama rombongan daripada keluarga + kawan pengantin lelaki.

 
 Ini adalah family ayah mertuaku.  Digelar sebagai paklong sebab anak yang sulung dalam keluarga.  Eh, dania hilang sebab telah dilindungi oleh Ayish.. sian dania x nampak. nasib baik gambar atas tu ada muka dia hehehe.



 Ini adalah ahli-ahli keluarga pengantin lelaki..,tapi x cukup korum sebab ada lagi yang xdpt datang ke majlis tsb.


Jun 4, 2012

Geram Sangat!!

salam,

Kekadang aku geram sangat dengan segelintir rakan S/U yang bila buat kerja sambil lewa jer..dah 2x aku kena situasi yang sama..Memang kalau ikutkan bukan salah aku, tapi aku yang terasa malu dengan bos sebab terasa menyusahkan dia pergi dan balik begitu sahaja kalau meeting tu bukan pada waktu yang telah ditetapkan semasa tempahan dibuat.   Dan ditambah lagi kegeramannya bila, S/U tu call bagitau meeting tu salah tarikh, dengan selamber jer ckp mcm xde perasaan bersalah....eeeeeeeeeee...geram betul aku!!!!

Moral nya: "Belajar daripada kesilapan, walaupun kesilapan tu bukannya datang daripada diri sendiri.  Dan jangan lupa juga untuk mengambil rekod tempahan melalui e-mail sebagai rujukan dan bukti di kemudian hari."