Dec 14, 2011

Penghujung Waktu

salam,

wah dah lamanya aku x coretkan isi hati di arena blog ini. Saban hari menunggu masa yang sesuai untuk aku luahkan rasa disini..asyik x menyempat jerk. Arini aku cuba juga walaupun pada hakikatnya banyak giler keja yang menanti untuk aku segerakan...argggghhhhh tension!!!!!

Penghujung waktu, tajuk yang amat menarik perhatian dan tertunggu-tunggu untuk aku bercerita disini. Argghhh, terasa sekejap saja masa berlalu dan sekarang kita dah pun berada di dalam bulan yang terakhir di setiap tahun iaitu bulan Disember. Banyak kisah suka berbanding duka bila berhadapan dengan bulan Disember ini. Nak tahu kisahnya mari ikuti sorotan pendek dibawah ini:


1. 8 Disember, tarikh dimana aku telah menjadi seorang isteri yang sah kepada Mohd Faizal b. Hamzah. Alhamdulillah, syukur dah genap 4 tahun kami melayari bahtera sebagai suami & isteri. Moga dipanjangkan hingga ke akhir hayat sebagai suami & isteri bersama. aminn!!

2. 27 Disember, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra. Wah, dah x lama lagi anak mama nak masuk usia setahun. Dah semakin lasak macam ayah, bila merajuk lagi susah nak pujuk berbanding kakak huhuhu.

3. Bulan yang paling aku suka setiap tahun termasuk bulan 8, hehehe sebab bulan ini adalah bulan yang wajib bercuti & menghabiskan cuti untuk seisi keluarga..yeeehaaaa.

4. YES, ini pun aku sangat suka sebab Year End Sales!!!!!!! yaaahoooooo.

Sorotan di atas hanyalah yang aku suka sahaja. Yang aku x suka cumalah perlanjutan usia yang semakin meningkat bila penghujung bulan Disember berakhir ;)


Nov 2, 2011

Tak Sihat :(

salam,

aduhh, minggu ni minggu tak sihat aku sekeluarga ;( al-maklumlah dengan cuaca sekarang yang tak menentu musimnya. Minggu lepas dania x sihat..demam..then ok..batuk & selsema yang x baik2...nthen berjangkit plak dekat zulaikha..kemudian ayahnyer pun sama batuk...dan sekarang ni aku plak yang kena virus2 tuh...so, xkisah la janji anak2 aku sihat sentiasa..biar mama dan ayah nyer yg kena pun xpe..kesian tgk anak2 kalau sakit..makan pun xberselera..makin susut la badan anak2 aku ni.

minggu lepas si kakak kena cirit-birit & muntah..minggu ni si adik plak...aduhhh, berjangkit2 smuanya...ni semua virus-virus jahat punya angkara.

"Ika, mama doakan adik cepat sembuh yer..cian mama tgk muka adik yg lemah & x bermaya.
Nia, jangan asyik nak membuli adik yer sayang...cian adik x sihat...doakan adik cepat sembuh, ok sayang".

Oct 18, 2011

Leganya Rasa Hati.

salam,

haii..teman dan rakan blog sekalian, macam mane dengan tugasan dan tanggungjawab untuk arini..adakah semuanya baik atau sebaliknya? Diharapkan teman2 dan rakan2 sekalian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.. ;) Ini hanya sekadar mukadimah pembuka bicara.

arghhh...satu keluhan lega boleh aku lepaskan ketika ini. Leganya rasa hatiku tatkala segala ketakutan dan kerisauan yang sering menghantui diri aku selama ini telah berlalu pergi berbekalkan prinsip dan janji yang dipegang, apabila sampai waktu dan ketikanya aku perlu menyelesaikannya. Nah..,inilah saatnya yang aku nantikan untuk menggambarkan kepada semua rakan dan teman bahawa hatiku telahpun lega. ;)

Oct 17, 2011

Kakak Punya Angkara!!

salam,

haisshh..kesian mengenangkan si adik asyik kena buli dengan si kakak. Itulah nasib kalau dah namanya seorang adik, memang lumrah dunia..pasti akan dibuli oleh kakak..hehehe ;) Nak share dengan rakan dan teman semua, kejadian ni berlaku lebih kurang 2-3minggu lepas dimana si kakak mempunyai hobi yang baru.

x pasti la kenapa sekarang ni si kakak asyik dok sibuk dengan 'bedak'. Setiap kali lepas mandi, mesti selepung di kedua-dua belah pipi sampai boleh dilabel mcm "hantu komak" dan lantai rumah jgn citer la..sana sini penuh dengan taburan bedak2 yang tumpah...huhuhu. Kekadang bila si kakak dah bosan dengan iPad, mesti si kakak akan meminta bedak plak..aihhhh, anak aku ni nak jadi mak andam ker? atau nak bergaya mcm mama dia..huhuhu...biasalah nama pun pompuan kan.

Habis satu botol bedak si kakak kerjakan....adoiiyaiii..mangsanya...ni hah, meh tgk kt bawah ni:



Ciannnn si adik yang tak tahu pape tuh....dek angkara si kakak. =P

Oct 10, 2011

Sepi & Usang

salam,

Lamanya aku tak mencoretkan isi hati dlm blog ni...rasanya blog ni pun dah semakin usang dan sepi tanpa kehadiran tuannya..hehehe..so, today memandangkan my bos xde sehari dan aku pun mempunyai ruang dan waktu yang agak terhad boleh juga la menjengah sekejap blog yang dah aku tinggalkan. Rindu pulak nak luahkan rasa hati walaupun xde cite yang menarik utk dikongsikan bersama rakan dan teman blog ;)

Untuk menaikkan seri blog yang telah ditinggalkan, kini tuan rumah telah menukar background baru yang lebih segar, tenang, damai dan sesejuk mata memandang tatkala melihat blog ini.

Ok..selamat bekerja kepada semua rakan dan teman seperjuangan. Nantikan kemunculan topik yang lebih menarik dari tuan rumah untuk episod yang akan datang.

Bye..bye.



Aug 9, 2011

Kenapa Rindu Itu Datang

salam,

Alhamdulillah arini dah masuk hari ke-9 umat islam menyambut ramadhan. Ramadhan...bulan yang mulia disisi Allah..bulan pengampunan segala dosa sekiranya dilakukan dengan penuh tawadduk kepada Allah s.w.t. Semoga segala amalan kita di dunia diterima & diberkati oleh Allah Yang Maha Esa.

Setiap kali ramadhan menjelma, setiap kali jugalah rindu itu bertandang dilubuk hati. Ntah mengapa ianya terlalu sukar untuk dilenyapkan. Mungkin sudah terlalu lama kenangan itu bersama aku, hinggakan sekarang pun masih terngiang-ngiang di kotak ingatan.

Adakah ianya memang berpunca dari diri ku sendiri? yang tidak mahu menerima kenyataan dari dulu hingga sekarang? mana mungkin aku tidak mahu menerima kenyataan yang sudah hampir 4 tahun berlalu pergi dlm kamus hidup ku. Cuma, hingga sekarang aku masih belum pasti kenapa ianya tidak boleh dilupakan walaupun telah banyak perkara yang aku telah cuba lakukan untuk menghalang daripada rindu itu bertandang lagi. Namun, aku hanya insan yang kerdil lagi lemah yang hanya mampu menerima tanpa boleh menepis kerinduan itu. Inilah dugaan buatku.

Ya Allah Ya Tuhanku..andainya ini memang dugaan buat diriku..kau tabahkan lah hatiku, kau kuatkan lah semangatku..kau jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur ke atas limpahan rahmatmu..kerna hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani atas segala kejadian yang berlaku. Amin.

Ku bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerna masih dipinjamkan nyawa untukku menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.

Andainya ini ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya? Renung-renungkahlah.

salam.


Jul 18, 2011

Seronok Tak Terkata :)

salam,


Seronok sangat sampai tak terkata..sebab semalam aku dpt g Ikano & Ikea. Dh lama ajak husband g sana tpi asyik ada hal lain jerk, tambahan plak skrg ni Ikea tgh sale..hehehe..bukan nyer nk bli brg byk sgt pun ada la 3-4 jenis jerk..yang lebih2nya nak cuci mata jerk ;)


Selain dpt habiskan duit kt Ikea tuh, smlm dpt juga la habiskan duit simpanan kt handbag. Dlm kpala otak dah aim nk cari handbag kaler merah, almaklumlah tema raya tahun ni kaler merah..so, kalu dpt handbag merah & kasut pun merah..memang cun habis la raya tahun ni. Aku ni susah sikit, tambahan plak my husband tu menyokong jerk bila nak bli tuh nak cari yg ada brand jerk...huiii jenuh dok perabih duit kat situ jerk mcm mne la duit simpanan tuh nak berbukit asyik dok kena tarah jerk ngan jentolak. Ni pun satu hal gak la..wat aku seronok sampai tak terkata..ia lah bila dah bli tuh berkenan smp 2 plak tuh..last2 en husband kata bli jerk la 2-2 skali habis citer..xde lama dia nak tunggu..haiii aku ni mmg la pantang kalau dgr laju jerk decide ok..mak ooiii, byk tul duit tuh (buwekkkkk).


So, arini dtg keja dh jadi malas plak sbbnya dah 2hri aku bcuti..arini ramai plak yg xde..ada yg cuti la mc la el la..huhuhu..jenuh dok kejar tfon yg dok bdering2 tuh. Ni cuma selingan jerk hehehe ;) xde kena mengena ngan topik di atas tuh.


Oklah smp kt sini dulu sbb ini jerk masa yang aku ada..nnti kita citer2 lagi ok..bye..bye..


Jul 13, 2011

Berubah Tempat: Tugas Baru, Tempat Baru, Bos Baru

salam,


Aduhai lama nyer x menulis something kt sini..rindu plak rasanya. Dengan keadaan sekarang ni mmg x dpt la aku nk mengelat-ngelat..ada nampak topik di atas itu..hah itulah penyebabnya aku dh lama x menulis di blog ini. Mulai sekarang tempat aku telah ditukar..bukan jauh pun still dlm FK lagi cuma berubah tempat daripada aku jaga TP, sekarang aku kena ambil alih kerja S/U Dekan yang sedang menghabiskan cuti sebelum beliau bersara. So, tugas baru, tempat baru dan bos pun baru.


Dulu-dulu..aku & geng PD selalu ngumpat K.J ni..ddk kt dlm akuarium x penah nk kuar2..hehehe dan sekarang aku plak dok dlm akuarium ni bru tahu rasa nyer mcm mne. Fuh, dasyat beb, smp nk makan pun mmg x smpt, tangan dan mulut jgn ckp la mmg sentiasa bekerja dri pkul 8.00 pagi smp pkul 5.00 ptg..smp kekadang x sedar masa berlalu begitu cepat. Dah start ddk dlm akuarium ni mmg rsa sgt2 mencabar kemampuan aku, tapi nasib baik la aku ni jenis yg x cepat nk melatah dan cool jer bila diberi tugas (buweeeekkkk) cuma kekadang tu ada gak la membebel2 sbb x puas hati ngan TP yang selalu dok panggil2 nama aku..arrrgghhh, tension aku dibuatnya.


Hari ni aku bleh relax skit..sbb bos xde dan aku nk tumpukan hanya pada filing jer arini. So, sementara tgh dok ada masa rehat ni dpt la aku luahkan perasaan agar dpt ringankan sikit beban yg ditanggung oleh kepala otak aku ni...hehehe ;)


Sebenarnya aku tgh dok tunggu satu keputusan. X pasti ianya betul @ salah keputusan tuh, tapi yang pasti aku dah pun wat keputusan dan aku harap ianya x akan mengecewakan aku..bila ianya pasti nanti. Oklah smp kt sini jer dulu kot..nanti sambung lagi dan citer lagi apa yang aku nak citer ";)


bye.

May 27, 2011

27 Datang Lagi

Hari ini, Dania Delisha dah 1 tahun 8 bulan;

dah petah bercakap sampai x reti nak berhenti;

dah pandai bahasakan diri sendiri sebagai kakak pada adik;

suka kacau adik, bila adik duduk diam-diam;

dah boleh harap kalau minta tolong amikkan sesuatu;

dah lasak semacam bila bawa berjalan;

dah pandai bermain dan berkawan;

dah pandai merajuk bila orang marah + x dapat sesuatu;

dah sangat pandai meminta-minta, itu dan ini;

peminat setia kartun Upin & Ipin;

bila makan, dah macam orang besar..nak suap sendiri aje;


x boleh kena marah sikit esp. dengan ayah..pasti menangis;

anak ayah la katakan..







Hari ini, Zulaikha Zahra dah 5 bulan;

dah pandai melonjak-lonjak bila nak pakaikan pampers;

dah pandai nak sembang-menyembang;

dah mengiring tapi blom boleh meniarap sepenuhnya;

dah pandai nak makan;

pantang dengar suara kakak nia menjerit..bila nak tido, pasti menangis;

selalu kena buli dengan kakak nia, kekadang nangis kekadang x;

dah pandai nak main-main;

paling suka bila ditegur oleh ayah, pasti tersenyum manis;

anak ayah juga la katakan..


Dan Bila Esok...

Di dalam hatiku selalu tersimpan

Rasa yang takkan pernah, bisa ku ungkapkan

Kau diam tanpa kata

Saatku ungkap semua rasa



Di saat ku ingin dekat denganmu

Kau semakin jauh meninggalkanku

Dan kau diam tanpa kata

Saatku ucap semua rasa



Dan bila esok kitakan bertemu kembali

Masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki

Untuk selama-lamanya



Dan bila esok kitakan bertemu kembali

Masihkah ada waktu mencintai dirimu

Untuk bisa menjagai hati ini

Untuk selama-lamanya








May 20, 2011

Hill Park, Kajang

Salam,


hi all, dh lama xbsua di arena blog ni. actually, aku ni dok bz memanjang biasalah PA hj lah katakan...(ada aku kisah!!) hahaha..jgn menyampah dgn statement yg dibuat erk. saje nak hilangkan tension pagi2 jumaat ni.


pasal tajuk kt atas tu, saje je aku nk share ngan kengkawan smua. Ahad lepas aku ada ajak my husband g jengok2 progress umah yg dibeli tahun lepas..jangkanya siap awal tahun depan. Alhamdulillah, teruja rasanya bila tgk hampir 75-80% dah siap. x sabar rasanya nk pindah umah baru nnti..hehehe. Skrg ni, kitaorng dpt surat dri developer utk byar deposit meter air + api. so, kali ni g tgk nk tgk HP5 No.8, ini lah lorong umah dan no umah aku..hehehe.


xsabar rasanya nk masuk umah bru ni..dh mcm-mcm idea dh berlegar2 dlm fikiran. nak buat itu nak buat ini..cuma budget jer la ada @ x..huhuhu. kemungkinan besar lepas raya dalam bulan Oktober dah boleh masuk, insyaAllah kata Mrs.Ira. so, tunggu je la saat dan ketika nya nnti ok.



Apr 22, 2011

Akhirnya ter'update' juga

salam,


hye smua..apa khabar? ketemu kembali kita di arena blog ni..hehehe..dah lama x ber'update' kan. kebetulan hari ni hari jumaat dan tiada aktiviti utk menghabiskan duit so aku pun terpanggil untuk berblog bagi mengisi masa yang terluang. Sawang? urhmm..usah ditanyala jenuh dok menepis untuk dibersihkan kesemua sawang yang ada..huhuhu..hambik ko!!


untuk kali ini tiada citer yang menarik utk dikongsikan bersama..al-maklumlah tuan badan x berapa sihat..dah terkena jangkitan virus batuk+selsema+pening kpala=demam + sakit perut = x sihat. ;) di'+' lagi dgn ketidakcukupan zzzzzzzzzzzz...ber'++++' la x sihat nyer...


minggu depan cuti umum hari pekerja..teringin juga nak balik kg tpi minggu depan dah ada aktiviti -> ptandingan bowling antara jabatan/bahagian..fuhh, dh lama bebenor aku x main bowling agak2 dlm 3thun rasanya..konon2nyer msuk nk bls dendam tpi bru2 ni training asyik cuci longkang jer lebih dari jatuh pin..kahkahkah...hah tolong jawab...tet...cite pasal bowling, 3tahun lepas mmg aku berhasrat tuk miliki bola bowling sendiri sbbnya dgn keberatan aku yg x berapa nak berat nih..mmg patut aku ada bola bowling sendiri so senang bebila nak main jerk xyah sesusah nk mcari bola yg berangka kecil a.k.a paling ringan hahaha..so bebaloi-baloi la aku fikir if aku beli bola sendiri..,dan skrg ni dah dgr plak ada ptandingan..dgn bersemangat waja aku usulkan cadangan dkt my hubby tuk nk beli bola bowling wt koleksi peribadi hihihi, walhal sblum ni cadangan tuh mmg drpd my hubby suh bli bola sendiri. sayang duit beb..!!! ;D

Feb 1, 2011

al-kisah rambut baru dania


Tumpukan perhatian anda seketika pada gambar di atas dan bawah ini.


Adakah anda nampak perbezaannya??

hehehe..dah rimas sangat tengok rambut dania mengurai sampai tercucuk bijik mata..anak dara aku sorang ni, dia x kisah dengan rambut dia sampaikan aku ikat dan sepitkan rambut dia pun, dia g tarik..lagi suka rambut tuh msuk bijik mata dia..huhuhu.

Nak dipotong sayang kata ayahnya..last2 balik kg kena potong juga rambut dania tuh..kihkihkih. sebabnya, dua minggu dok kg muka dan badan dania naik ruam abis merah dan berbijik agaknya cuaca time tuh panas sgt..kesian plak tgk dia. So, mak dan ayah aku jenuh suruh potong rambut dia..nak tak nak aku terpaksa akur juga sebab kesian tgk dia. Asal mulanya ayah aku nak bawa dania g kedai tapi mak aku lagi pantas dan cepat potong sendiri jer lagi save katanya..dan itulah hasilnya.

Urmm, al-kisahnya pun bermula la dimana kakak2 aku smua dok gelakkan dania katanya dah macam kartun Dora the explorer ler, Morukochan lah..cam orang penan la (cina sarawak) huhuhu..

Mmg nak tergelak pun tgk muka dia sekali dua, tapi pape pun aku x kisah yang penting bagi aku anak aku sorang ni tetap comeii dan cun. Korang rasa??

Jan 28, 2011

Memang tak boleh tengok


salam,

Aku memang tak boleh tengok buah-buahan. Kenapa?? sebab aku memang suka makan buah-buahan la hehehe..kemana jer aku pergi kalau aku nampak jer ada orang jual buah-buahan mesti aku nak beli...kalau sehari x dapat makan buah rasa cam lain jerk lidah aku nih..itulah penangan buah buat aku.

Time mengandung dulu pun aku lagi jadi gila buah..sampai turun kat anak aku suka makan buah..pantang nampak jerk mesti nak buah..hehehehe..xpe makan byk buah kan bagus, byk khasiat dan vitamin yang boleh diperolehi dari sebijik buah ;)

Tapi yang aku x sukanya, time sekarang nih la sebab pantang aku blom habis lagi..dok terliur-liur jer tengok mak aku beli buah kat pasar malam. nak nak plak buah mata kucing @ longan & buah jambu madu yang merah menyala tuh...memang meleleh la air liur nih..huhu. Sesekali tuh xbleh tahan, aku rasa gak la sebijik dua..hehehe...bising la mak aku tuh..nak wat camne memang aku tak boleh tengok..



Jan 27, 2011

Dania oh Dania


salam,

Arini aku nak story-mory ttg anak kesayanganku Dania. Berkongsi hari yang sama 27hb. adalah hari kelahiran puteri kesayanganku Dania dan Zahra. Dania dah pun berumur setahun empat bulan dan Zahra baru jer masuk sebulan ;)

Melihatkan telatah dan aksi dania diusia begini begitu menggembirakan disamping ++ penat beb, sebab dia dah pandai nk mencuba sesuatu yang baru dalam erti kata lainnya yang mudah difahami adalah lasak..hehehe. sebelum ni, aku dan suami amat risau akan dania disebabkan dia masih belum boleh berjalan diusia setahun..sehinggalah aku balik berpantang dikampung..suamiku berharap agar dania dapat berjalan kerna umurnya kini sudah pun memasuki setahun tiga bulan. Alhamdulillah berkat usaha mak aku yang rajin mengurut kakinya dan sentiasa mmberi sokongan moral kepada dania untuk berjalan...akhirnya anakku ini telah berjaya melangkahkan kakinya seperti anak kecik yang lain seusia dengannya. Riangnya rasa hati melihatkan dania dah mampu berjalan sendiri x lagi merangkak :)

Aku semakin bangga dengan pencapaian dania yang semakin hari semakin bijak dan cerdik. Faham dengan setiap apa yang diperkatakan kepadanya membuatkan aku semakin hari semakin ceria dan gembira melihat puteri kesayanganku ini membesar di depan mata.

Bergelar seorang kakak diusia yang terlalu awal..memungkinkan dania tidak lagi diberi perhatian 100% oleh aku sebagai seorang mama, tetapi ianya tidak bermakna aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang mama untuk menjaga dan menyayangi dania...seakan faham dengan status 'kakak' yang dibawa oleh dania, dia pandai berdikari dan tidak membebankan aku dengan setiap kerenahnya. Mama sayang kamu...dania, muahh...


Jan 26, 2011

Belum habis berpantang dah mengidam sesuatu??

salam,

Teringin sangat nak cari cincin yang berbentuk Chanel cam gambar kat sebelah nih...cantik kan? Masa aku sekolah dulu, kak long aku ada beli cincin emas yang bentuk nyer sebijik cam gini. Tapi aku berkenan nak pakai white gold plak..rasa-rasanya ada ker?? Aritu masa aku berwindow shopping ngan en.suami ada la aku jumpa white gold berbentuk Chanel nih..,tpi bukan cincin nyer ianya adalah earing..dan harganya pun aku rsa kalu taraf cam aku nih boleh dikategorikan layak lagi lah kalu nk memiliki earing tuh ;) maksudnya berpatutanlah harganya tuh. If, dapat one set white gold berbentuk Chanel nih lagi bagus kan..hihihi..lagi bertuah kalau org tersayang yang hadiahkan..urmm..bolehkah?? ngeh..ngeh..ngeh..

Jan 24, 2011

Dania & The Gengz

salam

Dah lama x bercerita pasal puteri kesayangan kan...hehehe. Dok tgh belek-membelek folder pictures tdi ternampak la plak gambar nih...bila 2-3x tgk, rasa cam kelakar pun ada.. ;) Gambar ni diambil masa hari raya tahun lepas semasa kunjungan ke umah kenalan lama my FIL kt Shah Alam. Tengok la gelagat dania tuh bila jumpa gengz sepupunya tuh...Jom layannnnnnnzz.



Jan 15, 2011

Dah lambat


Welcome 2011 !!

walaupun aku dah terlambat...tapi nak juga post!!! hehehe...

ada aku kisah????


Jan 12, 2011

P.E.N.G.A.L.A.M.A.N.K.U

salam,

Walaupun dah 2minggu berlalu, ingin juga rsanya untuk aku mencoretkan pengalamanku bersalin buat kali ke-3...hehehe...sedar x sedar aku dah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulillah..syukur dengan rezeki kurnian tuhan ini.

Tanggal 26 Disember 2010, adalah tarikh dimana aku perlu menempatkan diri di wad hospital putrajaya disebelah pagi. Aku bergerak bersama suamiku pada jam 10pagi selepas menghantar dania ke umah wan nya. Sesampainya aku di hospital, staf di sana memberitahuku bahawa tiada lagi katil yang kosong untuk menempatkan aku dan memaklumkan agar aku menunggu sehingga diberitahu melalui telefon. Aku dan suami menanti dengan penuh sabar..sehinggalah jam menunjukkan ke angka 1.00 petang. Suami mengajakku untuk pulang dahulu sementara menunggu panggilan tsb. Aku dapat merasa ketam masak lemak cili padi yang menjadi kegemaranku pada petang itu..hehehe. Alangkah gembiranya rasa hati :) Lebih kurang pukul 3.30petang aku mendapat panggilan dari hospital memaklumkan bhwa katil untukku telah pun ada dan meminta aku segera ke sana. Setelah memeluk cium anak kesayanganku, aku dan suami segera ke sana. Berada di dalam wad, amat terasa bosannya untuk menanti hari esok. Tapi aku kuatkan semangat demi anak di dalam kandunganku, aku berdoa agar dia dilahirkan dengan selamat pada esoknya. Disebelah malam, aku mengisi masa lapangku dengan menonton perlawanan akhir bola sepak dimana pasukan Malaysia menentang Indonesia. Setelah selesai menonton, aku kembali ke katilku untuk merehatkan diri. Sebelum aku melelapkan mata, beberapa nurse dtg menjalankan tanggungjawab mereka..dan memaklumkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas jam 12.00 tengah malam dan bangun keesokkan harinya seawal jam 5.30pagi untuk bersiap sebelum mereka memasukkan saluran paip air kencing dan air sbg psediaan sblum melakukan pembedahan.

27 Disember 2010 -> Seawal pkul 5.00 pagi aku dikejutkan oleh nurse yg bertugas untuk aku bersiap membersihkan diri spt yg tlh diberitahu dimalam harinya. Setelah selesai aku kembali merehatkan diriku sementara menunggu jam 6.30 pagi seperti yang tlh dijanjikan. Debaran dihati makin kuat berdegup, segala rasa tidak selesa timbul setelah dipasangkan tiup kencing..hanya menunggu masa dan giliran dipanggil untuk dibawa ke bilik pembedahan...hanya tuhan yg tahu ketika itu perasaanku sambil disulami dengan rasa skit yg sekali sekala menjengah di dalam perutku. Aku hanya mampu bertahan, bersabar dan bertawakal kepada Allah agar mempercepatkan segala urusan ketika itu. Alhamdulillah tepat pkul 11.00 pagi nurse yg bertugas dtg memberitahu turn aku telah pun sampai untuk dibawa ke bilik pembedahan. Debaran dihati makin terasa, tpi ku gagahkan jua menepis segala kemungkinan yg menerpa. Tepat jam 11.20 pagi, maka lahirlah seorang lagi puteri kesayangan yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra Mohd Faizal..ku panjatkan syukur ke hadrat Mu Ya Allah di atas kurniaan dan rezeki Mu ini. Ku doakan semoga puteriku akan menjadi anak yang solehah bersama kakaknya Nur Dania Delisha Mohd Faizal.."Mama sayang kamu berdua"

Jan 3, 2011

Debaran & Penantian

salam,

Dua minggu lepas aku ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan lanjutan bulanan. Kandunganku yang berusia 37 minggu 6 hari, hanya menunggu masa untuk dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. Seperti biasa terlalu ramai yang menunggu giliran dipanggil untuk berjumpa Dr. termasuklah aku. Sabar menanti x lama kemudian nombor ku dipanggil..dan aku dengan segera menerpa masuk berjumpa Dr. Pada hari tsb, Dr. Hashliena membuat pemeriksaan imbasan ke atas kandunganku dan menyatakan hasratnya untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas laluan. Setelah selesai diperiksa, Dr. Hashliena memberitahuku bahawa saluran tulang pinggul ku amat kecil dan memungkinkan aku tidak dapat bersalin secara normal. Aku hanya mendengar dengan perasaan yang sayu dan kecewa, kerna aku telah berhasrat untuk melahirkan zuriatku kali ini secara normal sekiranya diizinkan. Dr. Hashliena juga telah memberitahuku segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ingin juga bersalin secara normal. Hiba dan pilu dihatiku hanya tuhan yang tahu.
Aku meminta izin kepada Dr. Hashliena untuk berbincang dengan suamiku terlebih dahulu berhubung berita tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kaedah caesarean dan seterusnya mendapatkan tarikh pembedahan tersebut.
Setelah mendengar penjelasan ku berhubung berita tersebut, ternyata suamiku amat memahami dan memberikan izin untuk menggunakan kaedah caesarean walaupun jauh disudut hatinya menginginkan aku bersalin secara normal.
Tarikh pembedahan telahpun diputuskan oleh Dr. Hashliena iaitu pada 27 Disember 2010, yakni minggu hadapan memandangkan usia kandunganku akan mencecah 38 minggu..sedang elok sekiranya menggunakan kaedah caesarean. Bagaikan tidak percaya hanya tinggal 3hari sahaja lagi untuk aku membuat persiapan sebelum dimasukkan ke wad pada 26 Disember 2010.
Nantikan cerita selanjutnya tentang pengalamanku bersalin secara caesarean buat kali kedua di ruangan "pengalamanku".